Wednesday, December 15, 2010

Entry Untuk Jiranku di Bdr Saujana Putra

Entri ni, khas ditujukan buat jiran2 baru mira di Bdr Saujana Putra (BSP), especially untuk Su di sebelah umah n En Amir n wife yg dok depan umah Su...

Ni mesti tanya pasal apa ader entri knas nie.. Ceritanya bermula begini... Pada kebiasaannya mira lepas kerja akan pergi ambil anak2 di umah mak diorang, lepas tu akan drive all the way balik fe BSP, sampai depan umah, turun kereta (tanpa matikan enjin sebab cuma nak bukak pintu gate), buka pintu gate, masuk kerea, drive kereta masuk ke car porch, matikan enjin, buka pintu grill n pintu rumah, keluarkan anak2 n segala apa yg ada kat dalam kereta, then tutup pintu.

Segala yang diceritakan kat atas, macam ok ajer kan? Well well well... Malang memang tidak berbau! Adehhh... Jangan risau, bukan ada orang rampas kereta (sebab kereta pun kereta lama, tak ada orang nak punya)... Ni semua gara-gara anak dara mira yang sulung ni, Yaya a.k.a Khairiah yang dah makin lama makin cerdik & pandai & creative! Dalam proses di atas, di antara mira turun kereta n nak buka pintu gate tu, yaya tertekan nod yang untuk kunci pintu kereta tu.. adehhhh!!!!!!!!

Dah puas pujuk dia suruh dia tarik nod tu ke atas, tapi dia tu kan budak kecik lagi, maner cukup tenaga nak tarik benda tu.. hubby belum lagi sampai umah, handphone n the rest semua kat dlm kereta, yang ada kat tangan, kunci umah... pun mira cepat2 cuba nak cari kunci spare kereta ni kat umah... dah selongkar satu umah, tak jumpa jugak~~

Then Su sebelah umah terdengar suara mira yg nyaring ni, dia kluar n tanya naper. Lepas dia tahu, dia cepat2 hulurkan handphone dia kat mira, suruh mira call abang dulu.. So called abang, then while tunggu abg sampai tu, neighbour depan umah Su (en Amir n wife) pun balik dari kerja.

Mereka nampak mira n Su kat luar dengan kereta enjin masih hidup, mereka pun datang bersapa. Nasib baik ada En Amir, dia nampak pintu driver side tak di tutup rapat (tapi kalo nak buka mmg tak boleh buka), dia cakap boleh try push ke dalam coz machinism akan menyebabkan nod tu naik ke atas.. Mira ok ajer, sebab dah buntu tak tahu nak buat apa... Alhamdulillah~ betul2 nod tu naik n unlock pintu kereta tu...

So, untuk Su, En Amir n Wife, thank you!!

Tuesday, December 14, 2010

Menghitung hari

Dah nak dekat 2 tahun mira bekerja kat kompeni nie... sepatutnyer awal tahun 2010 mira dah blah dari sini sebab member offer bagi gaji bagus punya.. tapi mira tetap tidak mem-blah-kan diri dari sini... sebab? ohh.. tidak, bukan sebab mira sayangkan kompeni atau boss atau siapa2... cuma mira terpikir, nanti dah pi kompeni member, walaupun gaji baik punyer, tapi keje pun bukan main banyak punyer... baik mira stay on kat sini, dengan keadaan yang mira boleh rileks ajer keje, keje time hati terasa nak keje n mengular time mmg tak ader mood nak keje.. best, kan?

walaupun best, tapi tetap akan ada satu hari rasa muak jugak.. especialy kalo ader boss yg jenis pelupa tapi tak ngaku sendiri pelupa~ mira dah naik muak nak keje ngan dia, dah naik muak nak tgk muka dia... time kita keje dah tak ikhlas, mira pun rasa rezeki yg mira terima tiap2 bulan, macam tak halal ajer.. iye lahhh, kita keje tak ikhlas ngan majikan...

so, mira ambil keputusan untuk mencari keje.. keje baru yang tetap di tahap keje relaks ajer, tapi gaji ok... alhamdulillah, rezeki anak2 kot... dapat jua lahhh mira...

sempena tahun baru, rumah baru, keje pun baru, maybe time mira setkan azam baru jugak kot... tapi aper ek? nanti lahhh, dah ader idea nak tanam azam baru aper nanti baru update~

nie tgh fening kepala kat office, baru lepas makan ubat selesema.. heran kat doctor tu.. bagi ubat selesema yg memeningkan orang tapi tak bagi mc...

Thursday, November 25, 2010

*Sick*

Angin tak ada, ribut tak ada, tetiba mira selesema... Nak kata semalam main hujan, tempat mira tak hujan pun... Nak kata semalam tidur tak berselimut, dah memang tak pernah pakai selimut kalo takat tidur bawah kipas...

Aduhhh... Hidung ni dah gatal sesangat sampai mira rasa macam nak cabutkan ajer...

Tapi apa2 pun, pagi tadi masa on the way dari umah nak hantar Yaya & Nisa ke rumah mak nah diorang, memang dah hidung mira gatal semacam & dah mula bersin kat dalam kereta... Nak tahu apa si Yaya buat? Dia karang ni memang dah tak duduk dlm seat dia, dia dok kat belakang (passanger seat) ajer karang nie... Si Yaya nampak mira kesat kesat hidung mira yang tengah gatal teramat nie, dia capai kotak tisu, keluarkan sehelai n hulurkan mira... waduhhhh... i m so touched by what she did~ Dia tu baru umur 2 tahun 8 bulan ajer tu...

Itu ajer nak cerita.. Hidung ni masih lagi sangat gatal.. Kalo macam ni jugak esok, alamatnyer nak ambil mc lohhh~

Friday, November 19, 2010

Kisah seorang pelupa~

Sekarang ni, perasaan mira memang sedang hangin, hangin satu badan dengan seorang manusia yang saya terpaksa panggil dia sebagai "boss"... Memang hangin sampai mira dah tak erti nak cakap dengan dia dalam intonasi yang lembut....

Kenapa mira hangin sangat dengan dia? Ohhh.. bukan pasal dia tak bayar gaji... Tiap-tiap bulan kami akan pastikan gaji kami dibayar pada tiap-tiap 1hb... Ni hangin dengan dia pasal dia ada satu penyakit, satu penyakit yang sangat membebankan semua kakitangan dalam syarikat ini. Penyakit apa? Penyakit pelupa~~~

Mira dah meluat sangat dengan penyakit pelupa dia tu.. Mira tak pasti dia betul-betul lupa, ataupun buat buat lupa...

Hari ini, ada satu peristiwa yang terjadi yang buat mira hangin satu badan... Minggu yang lepas, agen tax telah emelkan satu surat yang diterima dari pihak IRB kepada dia dan cc kepada mira. Memang mira dah tahu dia tidak akan buka dan baca emel itu, jadi mira pun dah print satu copy & bagi kat dia.

Kami siap dudk dan berbincang mengenai apa yang ada dalam surat tersebut dan dia telah pesan kat mira untuk issue cheque dan byaran untuk tuntutan yang dibuat oleh pihak IRB.

Hari ni, dia buat appointment dengan agen tax dimana mira langsung tak tahu menahu!! Tapi memang kalau diberi pilihan, mira pun tak nak tahu pun.... So agen tax pun sampai dan dia call mira beritahu mira yang dia ada di lobby office dan tengah nak jumpa bos. So mira pun dengan selambanya cakap dengan dia, bos tak cakap dengan mira yang awak nak datang, so mira rasa bos memang tak nak mira join sekali dengan korang punya discussion... Then agen tax tu pun kata, ohh, ok ok coz time tu boss dah sampai kat tepi dia...

Setengah jam selepas itu, tetiba telefon office mira berbunyi.. Angkat ajer telefon, mira dengar suara boss, tapi dia bukan cakap dengan mira, dia cakap dengan orang ada kat sebelah dia, I over heard he said something like "Next time if you want to give her any documents, you must let me know first"...

Then bos start cakap dengan mira, "mira, XXX said he given you a letter from IRB somewhere last week..." belum sempat dia nak habiskan ayat dia, mira jawab,"yeah, the letter i also had pass you a copy, in fact we had discussed on it where you had instructed us to make installment payment of 24 months! (memang dalam nada yang marah)" Bos pun jawab, "ohhhh... You passed it to me already ah?" Lagi mira hangin, "Yes, Mr XXX, I had pass you a copy and you had gone through it and told me that we have had got no choice but to arrange payment for it. We had already prepared a cheque of RM 17k plus and you had already signed the cheque i assumed. Somemore when XXX email the letter, he actually send it to you and cc to me only". Boss kept quiet and then said, "ohhh.. so you have a copy lah?" I answered him in a very annoying ton, "It is in the email, you will have a softcopy with you as well". Then he goes, "ok ok" and then put down the phone...

Mira dah tak trahu macam mana nak handle orang tua seorang ni... Kalau bandingkan dengan boss2 mira yang lepas, mira rasa dia ni memang super! bukan superman punya super, tapi super pelupa!!!! Tolong!!!!!!!

Thursday, November 18, 2010

Durian oh Durian~

Tak tahu kenapa, tetiba terasa cam nak makan durian.... Ini semua pasal ternampak gambar Khairiah makan durian yang mira post kat entry sebelum ni lahhh... Cam mana ni? Dah lah sekarang bukan musim durian... Kalo iye pun, mana nak cari durian? hmmmm... Tak apa lahhh... As long as bukan ngidam time preggy, its ok to ignore it.. Akan ku cari dan jejak awak, durian oh durian!!

Monday, November 1, 2010

Home Sweet Home!

Alhamdulillah, proses berpindah rumah telah selesai hujung minggu yang baru lepas ini. Walaupun masih ada barang2 yang tertinggal kat rumah lama, but then still ada chance lagi untuk balik ke sana untuk mengemas (ye lah, apartment tu, kak cik abang punya~).

Setelah bertukus lumus 2 hari mengemas rumah baru, masih lagi banyak barang2 yang ada dalam beg beg plastik besar, yang paling banyak, baju2, kain2 yang telah lama tak pakai. Mira bercadang nak kemas balik semua, yang dah confirm tak pernah dipakai untuk 6 bulan yang lepas, mira nak donate kat rumah anak2 yatim di Jalan Kebun yang diusahakan oleh Ustaz Hussein Yee.

Nanti dah habis berkemas nanti, baru lahh mira ambil gambar and share ngan kengkawan di sini, ok?

Selamat Bekerja buat semua!!

Thursday, October 28, 2010

Selamat tinggal Idaman Court~

Habis bulan Oktober nanti, kami sekeluarga akan berpindah keluar dari Idaman Court yang telah kami duduki buat 2 tahun 10 bulan yang lepas. Masih ingat lagi, Mira pindah masuk ke apartment ni, masa tu tengah sarat mengandungkan Khairiah, puteri pertama... Sekarang ni, Khairiah pun dah berusia 2 tahun 7 bulan dah....

Nanti kami sekeluarga akan berpindah masuk ke rumah teres 2 tingkat yang dibeli atas nama abang dan Mira (Alhamdulillah, dapat jua duduk di rumah sendiri). Walaupun kedudukan rumah ini yang agak berjauhan (berada di Bandar Saujana Putra), tapi kami tetap bersyukur sebab itu adalah rumah kami...

Walaupun tidak besar mana (18' x 55'), tetapi ia tetap akan menjadi Rumahku, Syurgaku...

Nanti dah siap berhias rumah nanti, mira postkan gambar-gambarnya... Yang pastinya, yang paling seronok adalah Khairunnisa, puteri kedua Mira.. Nak tahu kenapa dia yang paling seronok? Sebab hobi tgerbaru Nisa sekarang adalah memanjat anak tangga!!

Buat kengkawan yang berada di Idaman Court, kamu akan tetap ku ingati dan kusayangi~

Tuesday, April 13, 2010

Happy Anniversary, Abang!


It has been 3 years since I got married with my dearest Abang (14.04.2008) and thanks Allah that we had been gifted with 2 lovely yet devilsh daughters, Nur Khairiah and Nur Khairunnisa. Tomorrow will be our 3rd anniversary and abang has been keep asking me what I want for my anniversary. My answer? "Nahhh.. Tak nak aper-aper..." (Iye-iye ajer tak nak aper-aper....)
Dah nama pun "anniversary", kan? Takkan lah sebagai seorang isteri yang solehah tak beri hadiah apa-apa kan suami tercinta, kan? Setelah habis menggunakan sel-sel otak saya yang tak berapa banyak ni, saya telah membuat keputusan untuk membelikan sepasang cincin untuk kami berdua (memandangkan cincin nikah abang dah kena curi tempohari masa apartment kami kena masuk pencuri)...
Setelah berhari-hari ulang alik ke Subang Parade dan men-survey cincin yang cantik dan sesuai untuk abang (dan menyebabkan member mira - Joeey, menghabiskan beratus ringgit di kedai ni semasa temankan mira buat survey), this is the couple rings yang mira telah pilih.


Yang atas tu untuk abang dan yang bawah tu untuk mira sendiri... Batu tu dah tak ingat apa nama dah, tapi memang suka sangat ngan cincin ni sebab batu tu nampak lain dari yang lain, kan?

Anyway, walaupun tahu yang abang tak baca blog mira ni, mira still nak buat ucapan sikit untuk abang... Abang, terima kasih kerana sudi menjadikan mira isteri abang. Dalam 3 tahun ni, mira telah banyak kali membuat sesuatu yang menyinggung perasaan abang (secara sengaja or secara tidak sengaja). I can't promise you that I will change in total, but what I can promise you is that I will reduce it and to make our family a happy family. Thank you, abang! I love you!!

Tuesday, March 23, 2010

Princess Khairiah Turns 2!!

Princess Khairiah when she was 5 days old (kat NICU)

Princess Khairiah's 1st birthday

Happy 2nd Birthday, my little Princess Khairiah!

13 March 2010, umur Khairiah genap 2 tahun. Macam baru lagi Mira lahirkan dia kat Hospital Serdang, tup tup dah 2 tahun.
Dari sebesar tapak tangan, kena tahan kat NICU Hospital Serdang sebab kuning, lepas tu ader pulak kelenjar yang besar di leher dia, lepas tu limpa dia tumbuh terlampau besar sampai lahh sekarang nie, alhamdulillah, kelenjar kat leher dia dah okay, limpa dia dah stabil.. Cuma masih belum fasih bertutur lagi.


Birthday cake from RT Pastry - Green tea cake!

Pada mulanya Mira cuma rancang nak keluar makan-makan sekeluarga ajer, masa birthday Khairiah nie. Almost last minute (hari Khamis 11/03/2010) baru abang bersuara tanya, "Sayang, tak nak celebrate birthday Khairiah ker?" Mira terfikir gak, takkan lah tahun lepas buat, tahun nie tak buat? So last minute book gathering ngan Restoran Omak @ SS 15, Subang Jaya, last minute book cake dengan RT Pastry @ SS 15 Subang Jaya. And last minute jugak lahh abang hantar sms to all the siblings to invite them to come for the birthday celebration.

The birthday girl with ayah
Walaupun jemputan dibuat last minute, ramai gak yang datang cuma Kak Long sekeluarga tidak dapat hadir atas sebab2 tertentu, Kak Lang & Bang Lang waktu tu berada di Portugal, Miza sakit tapi Farid & anak2 ader gak datang. Yang lain, Bang Ngah, Mama & Aida, Kak Cik & Abang Zaman, BangTeh, Nor, thanks for coming for the event~ Tak lupa, terima kasih Ayah & ibu coz sudi bagi kami buat sambutan harijadi Khairiah di umah Ayah & Ibu...

Food from Restoran Omak


Happily hugging her birthday present from Mamacik

Monday, January 11, 2010

Lunch @ Rakuzen, Subang Jaya

Rakuzen

~Cup of tea~


Udon set - Soraya's


The sushi in Udon set


The Chicken Terriyaki Set - Ee Loo's

The Beef Tepanyaki Set - CM's

The Unagi Set - Joeey's






Shirley, Soraya
Ee Loo, Joeey & Me
(CM the cameraman)

One fine afternoon, we decided to went to Rakuzen @ Subang Jaya for lunch, despite knowing that we might be back to office late due to the heavy traffic around SS 15, Subang Jaya. Our craze over japanese foods are above all the hussles.

Upon arriving, since we have 6 of us, we have to wait for the table (since we were so clever, went there without reservation). Around 1:20pm then only we got our table and start to order...

Everything on the menu looks so delicious and yummy (wonder if it is my stomach is empty or really is look nice) So we ordered and all the foods pictures are as above except for mine coz when the food arrived, I am too hungry and eat it all forgeting to capture a picture of it.

The food, average.. Not as nice as what I had at Euyuzu @ Eastin Hotel before. Joeey told me that Tomoe @ the corner shop same row with Rakuzen even taster better. Hmmm.. Guess our next stop would be Tomoe...

Am still waiting for a chance to try out the buffet at Tenji...