Thursday, November 25, 2010

*Sick*

Angin tak ada, ribut tak ada, tetiba mira selesema... Nak kata semalam main hujan, tempat mira tak hujan pun... Nak kata semalam tidur tak berselimut, dah memang tak pernah pakai selimut kalo takat tidur bawah kipas...

Aduhhh... Hidung ni dah gatal sesangat sampai mira rasa macam nak cabutkan ajer...

Tapi apa2 pun, pagi tadi masa on the way dari umah nak hantar Yaya & Nisa ke rumah mak nah diorang, memang dah hidung mira gatal semacam & dah mula bersin kat dalam kereta... Nak tahu apa si Yaya buat? Dia karang ni memang dah tak duduk dlm seat dia, dia dok kat belakang (passanger seat) ajer karang nie... Si Yaya nampak mira kesat kesat hidung mira yang tengah gatal teramat nie, dia capai kotak tisu, keluarkan sehelai n hulurkan mira... waduhhhh... i m so touched by what she did~ Dia tu baru umur 2 tahun 8 bulan ajer tu...

Itu ajer nak cerita.. Hidung ni masih lagi sangat gatal.. Kalo macam ni jugak esok, alamatnyer nak ambil mc lohhh~

Friday, November 19, 2010

Kisah seorang pelupa~

Sekarang ni, perasaan mira memang sedang hangin, hangin satu badan dengan seorang manusia yang saya terpaksa panggil dia sebagai "boss"... Memang hangin sampai mira dah tak erti nak cakap dengan dia dalam intonasi yang lembut....

Kenapa mira hangin sangat dengan dia? Ohhh.. bukan pasal dia tak bayar gaji... Tiap-tiap bulan kami akan pastikan gaji kami dibayar pada tiap-tiap 1hb... Ni hangin dengan dia pasal dia ada satu penyakit, satu penyakit yang sangat membebankan semua kakitangan dalam syarikat ini. Penyakit apa? Penyakit pelupa~~~

Mira dah meluat sangat dengan penyakit pelupa dia tu.. Mira tak pasti dia betul-betul lupa, ataupun buat buat lupa...

Hari ini, ada satu peristiwa yang terjadi yang buat mira hangin satu badan... Minggu yang lepas, agen tax telah emelkan satu surat yang diterima dari pihak IRB kepada dia dan cc kepada mira. Memang mira dah tahu dia tidak akan buka dan baca emel itu, jadi mira pun dah print satu copy & bagi kat dia.

Kami siap dudk dan berbincang mengenai apa yang ada dalam surat tersebut dan dia telah pesan kat mira untuk issue cheque dan byaran untuk tuntutan yang dibuat oleh pihak IRB.

Hari ni, dia buat appointment dengan agen tax dimana mira langsung tak tahu menahu!! Tapi memang kalau diberi pilihan, mira pun tak nak tahu pun.... So agen tax pun sampai dan dia call mira beritahu mira yang dia ada di lobby office dan tengah nak jumpa bos. So mira pun dengan selambanya cakap dengan dia, bos tak cakap dengan mira yang awak nak datang, so mira rasa bos memang tak nak mira join sekali dengan korang punya discussion... Then agen tax tu pun kata, ohh, ok ok coz time tu boss dah sampai kat tepi dia...

Setengah jam selepas itu, tetiba telefon office mira berbunyi.. Angkat ajer telefon, mira dengar suara boss, tapi dia bukan cakap dengan mira, dia cakap dengan orang ada kat sebelah dia, I over heard he said something like "Next time if you want to give her any documents, you must let me know first"...

Then bos start cakap dengan mira, "mira, XXX said he given you a letter from IRB somewhere last week..." belum sempat dia nak habiskan ayat dia, mira jawab,"yeah, the letter i also had pass you a copy, in fact we had discussed on it where you had instructed us to make installment payment of 24 months! (memang dalam nada yang marah)" Bos pun jawab, "ohhhh... You passed it to me already ah?" Lagi mira hangin, "Yes, Mr XXX, I had pass you a copy and you had gone through it and told me that we have had got no choice but to arrange payment for it. We had already prepared a cheque of RM 17k plus and you had already signed the cheque i assumed. Somemore when XXX email the letter, he actually send it to you and cc to me only". Boss kept quiet and then said, "ohhh.. so you have a copy lah?" I answered him in a very annoying ton, "It is in the email, you will have a softcopy with you as well". Then he goes, "ok ok" and then put down the phone...

Mira dah tak trahu macam mana nak handle orang tua seorang ni... Kalau bandingkan dengan boss2 mira yang lepas, mira rasa dia ni memang super! bukan superman punya super, tapi super pelupa!!!! Tolong!!!!!!!

Thursday, November 18, 2010

Durian oh Durian~

Tak tahu kenapa, tetiba terasa cam nak makan durian.... Ini semua pasal ternampak gambar Khairiah makan durian yang mira post kat entry sebelum ni lahhh... Cam mana ni? Dah lah sekarang bukan musim durian... Kalo iye pun, mana nak cari durian? hmmmm... Tak apa lahhh... As long as bukan ngidam time preggy, its ok to ignore it.. Akan ku cari dan jejak awak, durian oh durian!!

Monday, November 1, 2010

Home Sweet Home!

Alhamdulillah, proses berpindah rumah telah selesai hujung minggu yang baru lepas ini. Walaupun masih ada barang2 yang tertinggal kat rumah lama, but then still ada chance lagi untuk balik ke sana untuk mengemas (ye lah, apartment tu, kak cik abang punya~).

Setelah bertukus lumus 2 hari mengemas rumah baru, masih lagi banyak barang2 yang ada dalam beg beg plastik besar, yang paling banyak, baju2, kain2 yang telah lama tak pakai. Mira bercadang nak kemas balik semua, yang dah confirm tak pernah dipakai untuk 6 bulan yang lepas, mira nak donate kat rumah anak2 yatim di Jalan Kebun yang diusahakan oleh Ustaz Hussein Yee.

Nanti dah habis berkemas nanti, baru lahh mira ambil gambar and share ngan kengkawan di sini, ok?

Selamat Bekerja buat semua!!