Friday, June 3, 2011

*Syukur Alhamdulillah*

Seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas-lepas, Mira & hubby tengah usaha untuk dapatkan anak ke-tiga, selepas kami kehilangan arwah pada bulan Disember tahun lepas.

Syukur Alhamdulillah, syukur terhadap kurnia daripada Allah kerana makbulkan doa kami berdua. Walaupun masih di peringkat awal (5 minggu), tapi Mira dah tak sabar-sabar nak menunggu kehadiran baby ini di dalam kehidupan Mira.

So far, alhamdulillah, tak ader morning sickness (sama macam dulu pregnantkan Khairiah & arwah Nisa). Cuma badan rasa letih sikit, terutama sekali pada sebelah petang. Dulu rajin saja nak berkebun tipa kali sampai di rumah. Sekarang? Hmmm.. Sampai rumah ajer, mandi, solat, terus nak baring saja kerja Mira.. Nak masak jauh sekali ahhh.. Sian jugak kekadang tengok abang asyik kena makan kat luar saja...

Khairiah pun seronok nak dapat adik baru. Dia balik dari nursery saja, mesti dia nak cium perut Mira (walaupun tak nampak perut lagi) sebab dia tahu dalam perut ada adik baru~

More to be update in the future~

Monday, April 4, 2011

Setelah Menyepi Begitu Lama~

Setelah menyepi begitu lama dari menjenguk blog Mira ini, Mira kembali ke sini...
Walaupun dari luaran, semua orang rasa Mira dah okay dan recover dari kehilangan arwah, tapi perasaan sakit di hati tiap kali Mira terbayangkan arwah, tidak ada orang yang dapat memahami...

Mira cuba untuk tidak menceritakan perkara silam yang hanya akan membuat Mira terus berkabung dan berasa sedih... Kita harus menuju ke hadapan dengan menanam satu semangat yang baru, bukan? Mira rasa, arwah pun tidak ingit melihat ibunya sentiasa menitiskan air mata, kan?

Abang dan Mira telah bercadang untuk berusaha mendapatkan adik baru untuk Yaya, yang Mira rasa, Yaya perlukan seorang adik untuk membesar bersama-sama dengan dia... Kesian tengok Yaya lepas arwah meninggal, sebab dah kehilangan adik kesayangan dia dan juga teman main dia.

Mira harap, semua kawan-kawan akan doakan agar Mira dan family akan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah, yang dipinjam kepada kami dengan lebih lama....

Nanti kalau dah ada berita gembira, Mira share di sini, k?

Sunday, February 6, 2011

Adik, kau tetap di hati ibu~~


Dah sebulan 6 hari arwah meninggalkan kita semua dan kembali kepadaNya... Sepanjang 1 bulan yang lepas, setiap hari mira cuba untuk peuhkan setiap masa dengan sesuatu, sebab ada masa yang terluang, pasti mira akan teringat pada arwah...

Minggu yang lepas masa balik ke rumah ibu, waktu tu kami tengah duduk melepak melayan tv kat bilik tengah, tetiba ibu cakap kat mira & abang yang dia masih terbayang-bayang wajah arwah, terutama sekali wajah arwah masa dia bermanja dengan ibu.. tiada reaksi yang lain yang dapat mira dapat berikan melain linangan air mata...

CNY eve yang baru lepas nie (02/02/2011), sempat kami sekeluarga pergi menziarah kubur arwah sebelum pergi reunion dinner.. Sampai saja di perkarangan tanah kubur, air mata mira secara automatic melinang, terbayang wajah arwah semasa dia dikebumikan... Terasa sayu, sedih, serta tidak habis mira menyalahkan diri sendiri sebab tidak dapat menjaga arwah dengan baik...

Adik, ibu minta maaf ek, sebab ibu gagal melakukan tanggungjawab ibu untuk menjaga adik... Adik, susah untuk ibu melupakan adik sebab adik adalah mutiara hati ibu... Tapi ibu terpaksa untuk lepaskan adik, sebab Allah lebih menyayangi adik dan ibu hanya mampu mendoakan agar adik bahagia disisiNya... Adik, I love you and you will always in my heart...