Seperti yang diceritakan dalam entry yang lepas-lepas, Mira & hubby tengah usaha untuk dapatkan anak ke-tiga, selepas kami kehilangan arwah pada bulan Disember tahun lepas.
Syukur Alhamdulillah, syukur terhadap kurnia daripada Allah kerana makbulkan doa kami berdua. Walaupun masih di peringkat awal (5 minggu), tapi Mira dah tak sabar-sabar nak menunggu kehadiran baby ini di dalam kehidupan Mira.
So far, alhamdulillah, tak ader morning sickness (sama macam dulu pregnantkan Khairiah & arwah Nisa). Cuma badan rasa letih sikit, terutama sekali pada sebelah petang. Dulu rajin saja nak berkebun tipa kali sampai di rumah. Sekarang? Hmmm.. Sampai rumah ajer, mandi, solat, terus nak baring saja kerja Mira.. Nak masak jauh sekali ahhh.. Sian jugak kekadang tengok abang asyik kena makan kat luar saja...
Khairiah pun seronok nak dapat adik baru. Dia balik dari nursery saja, mesti dia nak cium perut Mira (walaupun tak nampak perut lagi) sebab dia tahu dalam perut ada adik baru~
More to be update in the future~