1st Raya, as usual, semua adik beradik Mr Hubby berkumpul di rumah ayah @ Ss 14. Meriah sungguh! Khaleed memang nampak comel sangat dalam baju melayu & songkok kecil dia tu. Dan Khairiah, well, memang nampak ayu dalam baju kurung moden dia yg berwarna merah itu. Seronok tengok anak2 dan anak2 saudara yang lain berkumpul dan main sama2.
*Khaleed yang sangat cheeky*
*Khairiah yang control ayu disisi Tok Yah*
*Mira bersama adik ipar & anak buah*
*Mr Hubby bersama adik ipar & anak buah*
*Khairiah bersama Abang Long Rafiq*
Since Raya kedua memang tiap2 tahun program yang sama (1 day trip to Seremban & kawasan2 yang berdekatan), so abang ajak bermalam kat umah ibu. Mira okay ajer. Nak dijadikan story, tahun ni, sekali lagi, kawasan perumahan SS 14, tak ada belakan air sejak Raya pertama!! So, masa pagi 2nd Raya tu, masing2 cari jalan, macam mana nak mandi.... Adehhh... Nasib baiklahh ada lahh air tu sampai, tapi memang slow giler tahap gaban punya lahh! But at least lepas lah kalo takat nak mandi ajer, kan?
2nd Raya, kami bertolak dari SS 14, 3 kereta (1 Peugeot, 1 Mercedez, 1 Naza Ria) dalam pukul 8am. Sampai kat Senawang, rehat jap kat plaza toll sebab nak tunggu 4 kereta lagi (1 Rover, 1 Honda CRZ, 1 Mercedez & 1 wira). After abt 30 mins kat situ, yang lain semua dah sampai tapi yang Wira tak muncul2 lagi. So kita pun decide to continue the journey, suruh yang Wira tu pergi jumpa kita kat next destination, iaitu kat rumah Ayah Cu, coz nenek kat rumah dia.
Lepas rumah ayah cu, kami bertolak ke Rantau, nak ziarah kubur Atuk & yang lain2 (yang mira tak tahu siapa...) Dari sana, kami bertolak ke Pasir Panjang, rumah Kak Ngah, for lunch! Yum yum, nasi dagang jadi menu tahun ni. And yang lain, semua rasa kurang sesuatu coz tahun ni kak ngah tak buat tapai! Tapai kak ngah, ikutkan abang, memang yang "terbaek" punya! (I wont know, coz i dont eat tapai....)
Dari Pasir Panjang, lepas lunch break, rehat-rehat, kita pun pergi lahh rumah Pak Usu di Klebeng kecil @ Melaka. Sampai sana dalam lebih kurang pukul 7, dinner time!! Kali ni, mak usu masak mee basah. Mee basah mak usu memang sedap meletop! Cukup pedas~~
*Ini lahhh putera dan puteri yang paling saya sayangi*
*Khaleed with his Baju Melayu colour biru and his kopiah*
*Khairiah berbaju jubah & tudung hijau polka dot. Comelz*
*Muka wanita-wanita ayu & comel dalam keluarga kita @ rumah pak usu*
Pada kebiasaan, 2nd Raya ni, kita akan singgah kat Kg Sago (rumah Mak Ngah) & ke Tampin (rumah Mak Lang). Tapi tahun ni kita skip this 2 houses sebab mereka tak ada kat umah! Kita jugak tak singgah kat rumah Mak Long, sebab masa kita bertolak dari Melaka, memang dah lewat sangat.
So, thats the story of 1st and 2nd raya tahun ni.... Letih tapi best...